Thursday, 18 August 2011

Quarrel. Pencetus Break-up (dlm persahabatan mahupun percintaan).


Pe patot anda lakukan tak kira la anda pencetus atau mangsa cetusan.

1.Jgn nk tnjuk bgus dgn meninggikan suara. dont even start it.

2.Dye tggikn suare.? biarlah dye. anda tak pyah nk folow tggi suara jgk. instead ckp dgn nada latar jer. nnty dye msty malu terjerit sorang2. SABAR penting ya disini.

3.Klo bfore dis guna sy-awak (manje), ta payah menggedik nk guna kau-aku (kasar) . ta pyh nk tnjuk kmarahan hkikatnyer mmg tengh marah. jelas terpncar -,-''.

4.klo bfore dis guna aku-kau (knon manje la), time gduh guna la sy-awk/baby2 ke. msty gduh tu jd kjap jer. :)

5.be good listener. mne tw dye ckp tu btoi. klo bleh catat bnde penting. ex: bende y dye ta suke. untuk bahan rujukan kelak.

6.klo dye tuduh anda, soh dye brenty kjap. then, defense dri anda. klo dye tnak brenty. tggu smpai dye brenti. SAMPAI dye BERHENTI. then, ckp pe yang anda nk ckp puas2. klo dye soh brenty, teruskan saja kata2 anda. dye ptot tahu pe y anda rse mse anda soh dye brenty td. :D

7.Jgn gelak. even dye tesasul satu dua pekataan or air liur tesembur.  da ckp byk sgt an.nty dye egt anda menganjing kata2nyer. dye mne sedar dye tesasul. Jgn ckp "eh awak tersasul td". maut.

8.Kiss dye. (teknik y sesuai ble korang dh kawen). its de best silent in de world. msty dye senyap kaku terbujur. kne cepat. klo tak kne penampor halimunan la kome. *msty da tau kn teknik ni.

9.Jgn nk cmpak2 barang. henset etc. klo tekene pasangan dah stu hal nk hantar gi klinik. klo bengang sgt cmpak duit kertas kt dye. klo dye tak melenting msty dye hepy. (singgit sudah)

10.Jgn ckp WHATEVER bila da ketandusan ayat. ia sgt membenggang kan org yg tengah marah. instead, ckp "sy da tataw nak ckp ape2". (JUJUR)

11.ayat-ayat untuk tnak bsarkan pertengkaran anda;
"Assalamualaikum'' - konfem dye jwb salam korg dlu. pstu cpt2 tuka topik.
''Maaf. sy takkan buad lg''. - walaupn hakikatnyer korg tak slah. Ego tu simpan dlu. nty ader peluang marah dye plak."Awk marah2 ni dah mkn ke belum". - msty dye rase anda msih take care kt dye. muke senyum. jgn nmpk gigi.!!

12.Klo btengkar dlm fon, jgn trus letak biler da bengang. sikap orang sengal. dgr penjelasan msing2 dlu. tkod si dia taknak agkat next kol anda. tgk2 dah ader org laen. melepas.

13.2-3 hari kol balek dengan dimulai perkataan salam (harus) diikuti perkataan maaf (dengan perkara telah y berlaku). diselangi pkataan terima kasih (sebab msih sudi angkt kol). pstu ptuskan line. tgk dye kol takk. dye msty kol punyer. kalo takk, kol balek. maybe dye takder kredit tu.


*Berdasarkan pengalaman aku la. msih buad research. to be continued....


best friend

why always i'm the one who should understand you and have to understand your situation....what about me....you've never understand me....why always i'm the one that have to give you support but you always patronizing me....why i'm always the one that have to take care of your feelings....but you're not....why i'm always have to make you satisfied.....but you never satisfied me..you always been proud of yourself in front of me.....not other friend....have you ever think my feelings....no right.....you've never appreciate me....why.......what am i to you......who am i to you???i don't feel i'm your bestfriend anymore........i'm so sad and dissapointed...I hope you're still the same as before when we form one ... you always care for me .....
                                                         

KISAH MENYAYAT HATI


Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku.Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua..Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah..Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.

"Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!
"

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.

Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut:

"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?
"

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik.Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.

Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!
"

Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan
aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran
belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung
pelajaran ke peringkat pra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu
di ruang tamu. 

Aku terdengar ayah berkata, "
Zah, kedua-dua anak kita
cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"

"Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak.

"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?" sambung ibu..

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.
"Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya  dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.Panggg....sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

"Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana  persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"

"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan,"keluh ayah..


lalu aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

"Kakak perempuan...biarlah kakak yang berhenti."

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya.Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Diatas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat.....

"Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak
."

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:
 
"Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"

"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?
"

Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen."Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"

Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni.Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?
"

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik..

Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata."

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak
."

Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen.
Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.

"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik.
"kataku

"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."balas mak

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.

"Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.

"Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa,,Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."cerita adik..

Apalagi...aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan
menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.
"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."sambungnya

"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.

"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan
kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?
"

Spontan adik menjawab, "Selain emak dan ayah, kakak saya...."katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.

"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kakikesekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar."

"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila.
"

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

Tuesday, 16 August 2011

SAHABAT DI KASIHI

 SAHABAT
Sahabatku adalah tetesan embun pagi
yang jatuh membasahi kegersangan hati
hingga mampu menyuburkan seluruh taman sanubari
dalam kesejukan

Sahabatku adalah bintang gemintang malam di angkasa raya
yang menemani kesendirian rembulan yang berduka
hingga mampu menerangi gulita semesta
dalam kebersamaan

Sahabatku adalah pohon rindang dengan seribu dahan
yang memayungi dari terik matahari yang tak tertahankan
hingga mampu memberikan keteduhan
dalam kedamaian

Wahai angin pengembara
kabarkanlah kepadaku tentang dirinya

Sahabatku adalah kumpulan mata air dari telaga suci
yang jernih mengalir tiada henti
hingga mampu menghapuskan rasa dahaga diri
dalam kesegaran

Sahabatku adalah derasnya hujan yang turun
yang menyirami setiap jengkal bumi yang berdebu menahun
hingga mampu membersihkan mahkota bunga dan dedaun
dalam kesucian

Sahabatku adalah untaian intan permata
yang berkilau indah sebagai anugerah tiada tara
hingga mampu menebar pesona jiwa
dalam keindahan

Wahai burung duta suara
ceritakanlah kepadaku tentang kehadirannya

                               

sayang sesangat kat sahabat aku yg sentiasa bersama aku selame ini.......
janganlah biarkan aku hidup tanpa sahabat...
sahabat aku yang baek adalah sahabat ku dunia dan akhirat..

PERSAHABATAN !!??


Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan
dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan
mempunyai nilai yang indah.

Persahabatan sering menyuguhkan beberapa cobaan, tetapi
persahabatan sejati bisa mengatasi cobaan itu bahkan
bertumbuh bersama karenanya…

Persahabatan tidak terjalin secara otomatis tetapi
membutuhkan proses yang panjang seperti besi menajamkanbesi,
demikianlah sahabat menajamkan sahabatnya. Persahabatan
diwarnai dengan berbagai pengalaman suka dan duka, dihibur-disakiti,
diperhatikan-dikecewakan, didengar-diabaikan, dibantu-ditolak,
namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan
dengan tujuan kebencian.

Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan
untuk menghindari perselisihan, justru karena kasihnya
ia memberanikan diri menegur apa adanya.

Sahabat tidak pernah membungkus pukulan dengan ciuman,
tetapi menyatakan apa yang amat menyakitkan
dengan tujuan sahabatnya mau berubah.

Proses dari teman menjadi sahabat membutuhkan usaha
pemeliharaan dari kesetiaan, tetapi bukan pada saat kita
membutuhkan bantuan barulah kita memiliki motivasi
mencari perhatian, pertolongan dan pernyataaan kasih
dari orang lain, tetapi justru ia beriinisiatif memberikan
dan mewujudkan apa yang dibutuhkan oleh sahabatnya.


Kerinduannya adalah menjadi bagian dari kehidupan sahabatnya,
karena tidak ada persahabatan yang diawali dengan sikap egoistis.
Semua orang pasti membutuhkan sahabat sejati,
namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya.
Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun
ada juga yang begitu hancur karena dikhianati sahabatnya.


Janganlah kita memandang rendah erti persahabatan, kerana dalam hidup ini kita tidak mampu melangkah seorang diri tanpa seorang sahabat.Orang yang suka mengkhianati teman sendiri adalah ibarat binatang yang suka memakan bangkai. Bertambah busuk bangkai bertambah pula seleranya
Teman yang banyak boleh diibaratkan seperti pasir pasir di pantai tetapi teman yang satu adalah mutiara di antara pasir pasir itu.
Teman ketawa bagaikan air di daun keladi walau tercurah tak berkesan. Tapi  sahabat sejati bagai air lalu walau dicincang ia tak mungkin kan putus.
Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain.
Musuhmu adalah sahabatmu yang akrab.
Persahabatan yang begitu erat punya pengertian yang dalam bagi kita yang menghargainya
Tidaklah kita dapat mengenal oranglain melainkan dengan 3 waktu.Tidak dapat diketahui adakan seorang itu pemaaf melainkan ketika dia marah. Tidak dapat dikenal seorang itu berani melainkan pada waktu berjuang. Tidak dapat dikenal sahabat melainkan waktu kesusahan.
Dua sahabat yang sejati akan selari dalam apa jua bidang yang diceburi, dan saling memahami antara mereka.
Terlalu sukar menjalin persahabatan kerana ia adalah pertautan hati bukan pertautan fikiran, lebih-lebih lagi bukan hubungan kebendaan semata.
Persahabatan yang akrab tidak akan dapat dipisahkan melainkan dengan kematian.
Bertemanlah dengan orang yang suka membela kebenaran.
Dialah hiasan dikala kamu senang dan perisai diwaktu kamu susah.
Seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu didalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa akan bait-baitnya.
Sahabat adalah anugerah Tuhan untuk menjaga kita
Rasa hormat tidak selalu membawa kepada persahabatan,
tapi jangan pernah menyesal untuk bertemu dengan orang lain tetapi menyesallah jika orang itu menyesal bertemu dengan kamu.
Kamu tidak akan pernah memiliki seorang teman,
jika kamu mengharapkan seseorang tanpa kesalahan
kerana semua manusia itu baik kalau kamu dapat melihat kebaikannya dan menyenangkan kalau kamu dapat melihat keunikannya. Tetapi semua manusia itu akan buruk dan membosankan kalau kamu tidak dapat melihat keduanya.




sahabat…
aku pernah memilikinya..tp sayang bila hati dikuasai dunia yg sementara ini…
kini…”persahabatan” bagiku hanya kenangan lalu..sangat takut utk terima persahabatan lagi…..dari jauh,ku doakan smoga kau “sahabat”ku…semoga kau dilindungi…dan diberkati Ilahi..amin.